Wednesday, September 16, 2009

Aktiviti



Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS KSM Bil2/2009 telah diadakan pada 14 September 2009.


Aktiviti Terdahulu



Unit HRMIS KSM telah mengadakan Hari Pelanggan HRMIS bil.1/2009 pada 10 Julai 2009 mulai 8 pagi hingga 4 petang di Dewan Serbaguna KSM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sessi mengambil gambar untuk dimuatnaik ke HRMIS. Sambutan amat menggalakkan. Dengan adanya aktiviti sebegini, akan menggalakkan CO menggunakan HRMIS.



Mesyuarat Kerja Modul Pengurusan Saraan Faedah dan Ganjaran (SubModul Cuti) HRMIS anjuran Kementerian Sumber Manusia telah diadakan pada 3 hingga 4 Jun 2009 di Bilik ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat, KSM. 3 orang peserta dari Unit HRMIS dan Pentadbir Cuti Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Ibu Pejabat telah menghadiri mesyurat ini.

Mesyuarat Kerja Modul Pengurusan Saraan Faedah dan Ganjaran (SubModul Cuti) anjuran KSM telah diadakan di Bilik ICT, KSM telah diadakan pada 3 dan 4 Jun 2009

Taklimat Kerja Pengemaskinian Maklumat Peribadi dan Profail Perkhidmatan HRMIS ILP Zon Tengah telah diadakan pada 4,5 dan 6 Mei 2009 di Bilik ICT KSM

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS KSM Bil1/2009 telah diadakan pada 24 Februari 2009.

Tuesday, September 15, 2009

Warga JTM dari ILP, ADTEC dan JMTI yang berurusan di ibu pejabat diminta menyemak maklumat di dalam sistem HRMIS. Sila ke Unit HRMIS untuk tujuan tersebut. Warga JTM juga boleh menghubungi Unit HRMIS melalui telefon atau e-mel untuk semakan maklumat.