Wednesday, September 16, 2009

Aktiviti



Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS KSM Bil2/2009 telah diadakan pada 14 September 2009.


Aktiviti Terdahulu



Unit HRMIS KSM telah mengadakan Hari Pelanggan HRMIS bil.1/2009 pada 10 Julai 2009 mulai 8 pagi hingga 4 petang di Dewan Serbaguna KSM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sessi mengambil gambar untuk dimuatnaik ke HRMIS. Sambutan amat menggalakkan. Dengan adanya aktiviti sebegini, akan menggalakkan CO menggunakan HRMIS.



Mesyuarat Kerja Modul Pengurusan Saraan Faedah dan Ganjaran (SubModul Cuti) HRMIS anjuran Kementerian Sumber Manusia telah diadakan pada 3 hingga 4 Jun 2009 di Bilik ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat, KSM. 3 orang peserta dari Unit HRMIS dan Pentadbir Cuti Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Ibu Pejabat telah menghadiri mesyurat ini.

Mesyuarat Kerja Modul Pengurusan Saraan Faedah dan Ganjaran (SubModul Cuti) anjuran KSM telah diadakan di Bilik ICT, KSM telah diadakan pada 3 dan 4 Jun 2009

Taklimat Kerja Pengemaskinian Maklumat Peribadi dan Profail Perkhidmatan HRMIS ILP Zon Tengah telah diadakan pada 4,5 dan 6 Mei 2009 di Bilik ICT KSM

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS KSM Bil1/2009 telah diadakan pada 24 Februari 2009.

Tuesday, September 15, 2009

Warga JTM dari ILP, ADTEC dan JMTI yang berurusan di ibu pejabat diminta menyemak maklumat di dalam sistem HRMIS. Sila ke Unit HRMIS untuk tujuan tersebut. Warga JTM juga boleh menghubungi Unit HRMIS melalui telefon atau e-mel untuk semakan maklumat.

Saturday, August 29, 2009

EGL

80% kakitangan ILJTM boleh menggunakan EGL untuk mendapat rawatan di klinik dan hospital kerajaan.

Friday, April 17, 2009

Kini 3 anggota baru Unit HRMIS telah melapordiri. Dengan pengisian jawatan ini, Pelaksanaan HRMIS d JTM akan berjalan lebih lancar.
Sebagai langkah pelaksanaan HRMIS di semua ILJTM. Unit HRMIS ibu pejabat di Putrajaya telah mengeluarkan surat meminta semua ILJTM menjalankan ujian capaian ke HRMIS menggunakan semua komputer peribadi yang ada di ILJTM. Maklumbalas yang diterima kelak akan dikemukakan ke KSM untuk tindakan penambahbaikkan.
Taklimat pada 8 - 10 April 2009 yang ditangguhkan, kini akan diadakan pada 4 - 6 Mei 2009.

Wednesday, April 15, 2009

Pautan Blog HRMIS

Pautan : Portal HRMIS


Penangguhan Taklimat

Taklimat kerja pada 8 - 10 April 2009 ditangguhkan kerana majlis APC KSM. Tarikh baru taklimat akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, March 26, 2009

Taklimat Kerja Modul Pengurusan Rekod Peribadi

Taklimat kerja bagi ILJTM Zon Tengah akan diadakan pada 8 - 10 April 2009. Taklimat bagi lain-lain zon akan diadakan dari masa kemasa.
Tujuan :

1.Memberi pemahaman berkenaan aplikasi HRMIS secara umum dan penekanan berkaitan Pengurusan Rekod Peribadi dan Profail Perkhidmatan khasnya.

2. Memberi pendedahan kepada proses kerja sebenar secara dalam talian (on-line) berkaitan pengemaskinian Data Peribadi dan Profail Perkhidmatan.

Sunday, March 15, 2009

Istilah Perkhidmatan Awam
Kamus
Tuan/puan dihargai memberi pandangan/cadangan/komen melalui emel jabatan bagi menambahbaik pelaksanaan HRMIS d JTM. Terima kasih kepada Encik Rostam, mRlee, Puan Zuriyati dan lain-lain yang telah memberi sumbangan.

Wednesday, March 11, 2009

Borang Maklumat Peribadi HRMIS

Borang maklumat peribadi telah mula diterima. Alhamdulillah, respon amat bagus, maklumat akan dikemaskini. Namun bagitu, terdapat masalah jika tarikh tidak dinyatakan dengan tepat (dd/mm/yy).

Monday, March 2, 2009

Edaran

Borang maklumat peribadi telah diedarkan. Semua pegawai dan kakitangan JTM diminta mengisi borang tersebut.

Sunday, February 22, 2009

Kemaskini Maklumat Peribadi

Unit HRMIS akan meminta semua pegawai dan kakitangan ILP, ADTEC dan JMTI mengisi borang maklumat dan salinan BRP. Pengemaskinian maklumat akan dibuat oleh Unit HRMIS di Ibu Pejabat memandangkan kesukaran capaian Laman Web .

Monday, February 16, 2009

Pelaksanaan LNPT

Pelaksanaan Sub Modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan melalui HRMIS akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2010.
Pekeliling JPA

Friday, February 13, 2009

Pautan

Laman HRMIS
Blog HRMIS

Pengurusan Rekod Peribadi

Telah selesai di ibu pejabat dan akan dilaksanakan di ILP, ADTEC dan JMTI setelah perjawatan, sandangan dan Ujian Capaian selesai.

Nota HRMIS Pejabat SUK Pulau Pinang
Nota HRMIS Kementerian Pertahanan
Nota

Cuti Di Talian

Akan dilaksanakan di Ibu Pejabat pada Mac 2009.
Panduan Permohonan Cuti.
Panduan Melulus Cuti
Panduan Menyokong Cuti

EGL

Staf di ibu pejabat kini boleh menggunakan EGL.
Senarai Hospital Guna EGL.

Kemaskini Perjawatan

Kemaskini perjawatan dalam HRMIS di JTM sedang dilaksanakan.
Nota JPA
Pekeliling JPA

Ujian Capaian HRMIS

Ujian capaian HRMIS di ILP, ADTEC dan JMTI sedang dijalankan. Pohon kerjasama tuan/puan yang terlibat menjalankan ujian tersebut dan kemukakan hasil ujian ke ibu pejabat.

Pengenalan

Laman interaksi pengguna HRMIS di JTM. Anda boleh mendapat maklumat dan berita, mengutarakan cadangan, melontar pandangan, membuat teguran, dan lain-lain yang seumpamanya. Sila emelkan ke iaazdamha@gmail.com.Saya kongsikan di blog ini, nota-nota dimuaturun dari JPA, kementerian/jabatan lain sebagai rujukan.

Penamatan SISPEN dan Pelaksanaan HRMIS
Pengenalan HRMIS
Pengenalan HRMIS
Pelaksanaan HRMIS