Thursday, March 26, 2009

Taklimat Kerja Modul Pengurusan Rekod Peribadi

Taklimat kerja bagi ILJTM Zon Tengah akan diadakan pada 8 - 10 April 2009. Taklimat bagi lain-lain zon akan diadakan dari masa kemasa.
Tujuan :

1.Memberi pemahaman berkenaan aplikasi HRMIS secara umum dan penekanan berkaitan Pengurusan Rekod Peribadi dan Profail Perkhidmatan khasnya.

2. Memberi pendedahan kepada proses kerja sebenar secara dalam talian (on-line) berkaitan pengemaskinian Data Peribadi dan Profail Perkhidmatan.

Sunday, March 15, 2009

Istilah Perkhidmatan Awam
Kamus
Tuan/puan dihargai memberi pandangan/cadangan/komen melalui emel jabatan bagi menambahbaik pelaksanaan HRMIS d JTM. Terima kasih kepada Encik Rostam, mRlee, Puan Zuriyati dan lain-lain yang telah memberi sumbangan.

Wednesday, March 11, 2009

Borang Maklumat Peribadi HRMIS

Borang maklumat peribadi telah mula diterima. Alhamdulillah, respon amat bagus, maklumat akan dikemaskini. Namun bagitu, terdapat masalah jika tarikh tidak dinyatakan dengan tepat (dd/mm/yy).

Monday, March 2, 2009

Edaran

Borang maklumat peribadi telah diedarkan. Semua pegawai dan kakitangan JTM diminta mengisi borang tersebut.