Sunday, October 26, 2014

TELAH BERSARA DARI PERKHIDMATAN AWAM

Wednesday, August 27, 2014

BANTUAN HRMIS JTM



Bantuan HRMIS JTM:

JABATAN TENAGA MANUSIA

1.            PUAN NURIL ATRAH BT HASHIM                              - UNIT HRMIS JTM
                TEL : 03-88862360
                EMEL : nuril@mohr.gov.my

2.            MUSTAFA BIN MOHD ARIS                                          - SKT DAN LNPT
                TEL : 03-88865579
                EMEL : mustafaris@mohr.gov.my

3.            CHE WAN RAMZUL IHSAN BIN WAN NGAH            - PERISYTIHARAN HARTA
                TEL : 03-88865579
                EMEL :   ramzul@mohr.gov.my                                                                  

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

1.            PUAN ZURAINI YAACOB
                TEL : 03-88865688
                EMEL : zuraini.y@mohr.gov.my

2.            PUAN FADHILAH BT MOTAR
                Tel : 03-8886500  EXT. 245034
                EMEL ; fadhilah.m@mohr.gov.my




Friday, August 15, 2014

BENGKEL LATIHAN MODUL KEW. 8 ANJURAN KSM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Unit HRMIS, KSM akan mengadakan Bengkel Latihan Modul Kew 8. Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar secara terperinci mewujudkan aliran kerja bagi modul saraan Kew 8 dan cara pelaksanaannya. Bengkel ini dijadualkan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh                      : 11 dan 12 Ogos 2014 (Isnin dan Selasa)
Masa                        : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat                    : Bilik Latihan ICT,
                                                   Aras 6, Bahagian Pengurusan Maklumat,
                                               Blok D3, Kompleks D,
                                               Pusat Pentadbiran Kerajaan
                                               62540 Putrajaya

3.         Sehubungan dengan itu, pihak Unit HRMIS, KSM menjemput setiap jabatan untuk menghantar dua (2) orang wakil dari setiap jabatan/agensi yang terdiri daripada Pentadbir HRMIS dan Pengguna Modul Kew 8. Untuk pengesahan dan sebarang pertanyaan berhubung bengkel latihan ini boleh dirujuk kepada Puan Fadhilah Motar di talian 245034 @ Puan Nurulhuda di talian 1373 dan pengesahan kehadiran sebelum 5 Ogos 2014 (Selasa).

Sekian, terima kasih.

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi




(SITI NOR RAFIDAH BINTI SAIMAN)

Tuesday, August 12, 2014

PERINGATAN KEMASKINI ALAMAT BUSINESS UNIT HRMIS OLEH JPA



Assalamualaikum/ Salam sejahtera.

Tuan/puan,

 Mohon kerjasama pentadbir Data perjawatan  untuk memastikan setiap Unit Organisasi (BU) mempunyai alamat (BUloc) sendiri. Ini dalah penting untuk pelaksanaan operasi HRMIS yang lain khususnya modul Cuti. Menu untuk mengemaskini maklumat alamat tersebut ialah  :  Data Perjawatan  --> Unit Organisasi --> Selenggara Unit Organisasi  --> pilih butang KEMASKINI  -->  pilih / masukkan maklumat bahagian ( BU) --> pilih TAB [Lokasi Unit Organisasi] --> TAMBAH ( jika tiada) / kemaskini jika bukan alamat sebenar.

Sekian, terima kasih.

"PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM"

Helpdesk HRMIS
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
03-83164101

Nota : Untuk tindakan Pentadbir Data Perjawatan.

Monday, July 21, 2014

MINIT MESYUARAT HRMIS KSM


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN,
TERAS DAN JAGUH HRMIS
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BIL. 1/2014


Tarikh            :           10 JULAI 2014 (Khamis)
Masa              :           3.00 – 4.00 Petang
Tempat          :           Bilik Gerakan
                                    Aras 1, Blok D3, Kementerian Sumber Manusia

BIL.               NAMA                                                        BAHAGIAN/JABATAN

HADIR:

1.    Dato’ Mohamed Elias Bin Abu Bakar                 SUB (BPKSM) – Pengerusi
2.    En. Mustapha bin Abdul Rahman                      TSUB (PSM)
3.    Pn. Siti Nor Rafidah binti Saiman                       KPSU (PO)
4.    En. Wan Faez bin Wan Jaffar                             JPK
5.    Pn. Siti Awa binti Abd Jalil                                  JPK    
6.    Pn. Siti Mariam binti Abdullah                             MP
7.    Pn. Nur Azlina binti Md Rasdi                             MP
8.    Pn. Nuril Athirah binti Hashim                            JTM
9.    Pn. Wahidawatie binti Masdi                              JHEKS
10. Pn. G.Vikneswary                                              JHEKS
11. Pn. Rozita binti Abd. Razak                               JPP
12. Pn. Khairani binti Abd. Azizi                               JPP
13. En. Hemizainal bin Abd. Hamid                         JKKP
14. Pn. Puteri Azlina binti Megat Ramli                   JTKSM
15. Pn. Kalaivani Ramadas                                     JTKSM
16. Pn. Fatimah binti Mohd Idris                              JTKSM                                  
17. Pn. Samila binti Kadir                                         PTPK 
18. Pn. Norfatihah binti Taib                                     PTPK 
19. Pn. Zuraini binti Yaacob                                     Urusetia Unit HRMIS
20. En. Indra bin Hishamuddin                                 Urusetia Unit HRMIS
21. Pn. Nurulhuda binti Suhaime                              Urusetia Unit HRMIS
22. Pn. Fadhilah binti Motar                                      Urusetia Unit HRMIS


1.         PERUTUSAN PENGERUSI

1.1    Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih di atas kehadiran semua ahli-ahli mesyuarat. Pengerusi juga meminta semua ahli mesyuarat memperkenalkan diri dan menegaskan bahawa pelaksanaan HRMIS di Kementerian dan Jabatan amat dititikberatkan kerana melibatkan KPI KSU.
Ahli mesyuarat juga dimaklumkan bahawa cadangan penggunaan modul KEW 8 kepada semua Jabatan di bawah kementerian dan agensi telah dicadangkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.


2.         PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1   Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan, Teras dan Jaguh HRMIS KSM Bil. 2/2013 bertarikh 8 Oktober 2013 telah disahkan tanpa pindaan.


3.         LAPORAN STATUS PELAKSANAAN HRMIS KSM

3.1   KPSU(PO) melaporkan markah keputusan KPI 2013 yang telah dicapai oleh Kementerian Sumber Manusia seperti berikut :-

BIL
KRITERIA PENILAIAN
MARKAH
1.
Pengemaskinian Data Rekod Peribadi, Perkhidmatan dan Perjawatan
20/20
2.
Pengemaskinian Data Perjawatan HRMIS sama seperti maklumat MyPost/ Waran Perjawatan
15/20
3.
Pelaksanaan Modul Perisytiharan Harta
20/20
4.
Pelaksanaan Pengisian SKT
20/20
5.
Pelaksanaan Submodul LNPT
20/20
JUMLAH
*95/100

*RATING = ST (Significantly Exceed Target )

KPSU(PO) juga mengucapkan ucapan tahniah untuk semua pentadbir HRMIS Kementerian dan agensi di atas kejayaan ini. Tanpa bantuan dan kerjasama dari semua pihak kejayaan ini tidak mungkin dicapai. Beliau juga mencadangkan agar semua pihak kementerian dan agensi bekerja dengan lebih keras lagi supaya pencapaian KPI pada tahun 2014 ini dapat dipertingkatkan dan kejayaan pencapaian rating dapat dikekalkan.
                                  

3.2           Mesyuarat juga telah diberi penerangan oleh KPSU (PO) mengenai Kriteria Penilaian KPI HRMIS 2014 seperti berikut :-       

BIL
KRITERIA PENILAIAN
MARKAH
1.
Pemurnian Data Perjawatan (ED), Rekod Peribadi (PR) dan Profil Perkhidmatan (SP) bagi memastikan kesemua elemen data yang ditetapkan adalah berintegriti.
20
2.
Pengemaskinian Maklumat Data Perjawatan dalam Aplikasi HRMIS sama seperti maklumat MyPost/ BPO, JPA
20
3.
Pelaksanaan Submodul Perisytiharan Harta (AD)
20
4.
Pelaksanaan Fungsi Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
20
5.
Pelaksanaan Modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT )
20
JUMLAH
100

                                  

3.3      Mesyuarat juga telah dicadangkan oleh TSUB(PSM) supaya pegawai-pegawai lantikan baru yang baru melapor diri terus melengkap dan mengemaskini data yang diperlukan dalam HRMIS supaya masalah data tidak lengkap dapat dielakkan. KPSU(PO) pula menegaskan HRMIS mengalami kekangan-kekangan seperti masalah sandangan pemilik kompetensi bagi pegawai-pegawai baru di mana ia mengambil sedikit masa sebelum CO disandangkan di dalam HRMIS.


3.4      Pengerusi juga menegaskan supaya gambar pemilik kompetensi yang tidak berintegriti di dalam HRMIS dapat dimurnikan. Maklumat yang berintegriti adalah amat penting untuk diguna semula oleh bahagian sumber Manusia. Data yang dikemaskini juga mestilah tepat dan bukan semata-mata mengejar peratusan pengemaskinian. Pengerusi juga memaklumkan supaya semua pemilik kompetensi diwajibkan mengisytiharkan harta dan memastikan tempoh perisytiharan harta tersebut masih sah(5 tahun). Mana-mana pemilik kompetensi yang perisytiharan harta yang sudah luput diwajibkan mengisytiharkan harta semula.


3.5         Pengerusi juga memaklumkan supaya semua pemilik kompetensi di semua Jabatan perlu mengemaskini SKT 2014 masing-masing kerana pada 31 Julai 2014 merupakan tarikh akhir pengisian SKT diambil kira. Laporan di bawah menunjukan prestasi semua Jabatan di dalam modul pengisian SKT. Status data diambil sehingga 27 Jun 2014.

Jabatan
Peratusan SKT 2014
KSM
95.5%
JHEKS
99.1%
JKKP
98.26%
JPK
94.58%
JPP
91.88%
JTK SABAH
95.65%
JTK SARAWAK
95.12%
JTKSM
99.82%
JTM
98.82%
MP
99.41%
PTPK
96.33%



3.6         KPSU(PO) melaporkan pencapaian pengemaskinian rekod bagi modul PR, SP dan Isytihar Harta sehingga 27 Jun 2014 seperti berikut:

Bil.
Jabatan
Modul PR (%)
Modul SP
(%)
Modul Harta
(%)
1.
KSM
99.79
99.88
95.95
2.
JHEKS
100.00
100.00
100.00
3.
JKKP
100.00
100.00
98.71
4.
JPK
99.92
99.97
97.45
5.
JPP
100.00
100.00
99.57
6.
JTK SABAH
99.97
100.00
99.57
7.
JTK SARAWAK
99.96
100.00
99.30
8.
JTKSM
99.97
99.94
99.65
9.
JTM
99.92
99.76
96.38
10.
MP
100.00
100.00
100.00
11.
PTPK
99.11
99.11
88.99




















3.7     KPSU(PO) juga melaporkan pencapaian pengemaskinian data perjawatan HRMIS KSM sehingga 27 Jun 2014 seperti berikut:

Bil
Unit Organisasi
Manual Data Perjawatan
HRMIS
(+/-)
Perjawatan
1.
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
380
378
-2
2.
JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA
114
114
0
3.
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
1723
1774
+51
4.
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
303
303
0

WILAYAH
90
90
0

CIAST
288
297
+9
5.
JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
244
244
0
6.
JABATAN TENAGA KERJA SABAH
258
262
+4
7.
JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK
328
330
+2
8.
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
1208
1208
0
9.
JABATAN TENAGA MANUSIA
3482
3469
-13
10.
MAHKAMAH PERUSAHAAN
179
179
0










3.8          




   KPSU(PO) menegaskan kepada semua pentadbir HRMIS Jabatan mengambil tindakan untuk mengemaskini data perjawatan Jabatan masing-masing supaya 
tiada lebihan dan pengurangan perjawatan di dalam HRMIS.Pegawai HRMIS dari KSM melaporkan tindakan penyemakan data perjawatan HRMIS di KSM sedang dilaksanakan.
Laporan awal dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bahawa data perjawatan yang lebih adalah disebabkan perubahan pada struktur organisasi yang baru dan banyak jawatan baru diwujudkan. Bagi jawatan yang lama belum sempat dimansuhkan memandangkan banyak melibatkan jawatan kader dan penyandang masih wujud. Bagaimanapun tindakan pengemaskinian sedang giat dilaksanakan.
Laporan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran pula perjawatan yang lebih di CIAST telah dikenalpasti dan tindakan pengemaskinian dan pemansuhan sedang dilaksanakan.Wakil dari  Jabatan Tenaga Manusia melaporkan pula, perjawatan yang kurang bagi JTM kerana belum mewujudkan perjawatan dari waran yang baru dimasukkan di dalam HRMIS.



3.9         Bagi Jabatan yang belum sempurna data perjawatannya pengerusi meminta setiap jabatan mengemukakan laporan maklumbalas berkenaan status pengemakinian data perjawatan bagi jabatan masing-masing. Urusetia dikehendakki menyediakan satu format dan dihantar kepada semua jabatan yang terlibat. Laporan maklumbalas tersebut mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2014 untuk tindakan semakan status pengemaskinian
dan pemantauan.


3.10      KPSU(PO) memaklumkan senarai program/aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2014 sehingga Jun 2014 adalah seperti berikut:

Bil.
Senarai Program/Aktiviti
1.
Program What’s Up Hrmis Bil. 1/2014
2.
Latihan/Bengkel Pentadbir HRMIS 2014
3.
Program Training On Hrmis For Region (Thor) Bil. 1/2014
4.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS
Bil 1/2014



3.11      KPSU(PO) juga memaklumkan cadangan/program/aktiviti yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos dan September 2014 adalah seperti berikut:

Bil.
Senarai Program/Aktiviti
1.
Latihan/Bengkel Modul KEW 8 (Pentadbir HRMIS)
2.
Latihan/Bengkel Modul KEW 8 kepada Pengguna Sistem
3.
Bengkel Pemurnian Data HRMIS Sesi 1
4.
Bengkel Pemurnian Data HRMIS Sesi 2



3.12      Laporan penerimaan aduan Helpdesk HRMIS KSM juga dibentangkan oleh KPSU(PO) seperti berikut:

Bil.
Masalah/ Aduan
Bilangan Panggilan Yang Diterima Sehingga Jun 2014
1.
Berkaitan ID dan Kata Laluan
11800
2.
Berkaitan Submodul Cuti
22
3.
Berkaitan pelaksanaan LNPT
50
4.
Berkaitan sandangan
14
5.
Berkaitan Rekod Peribadi
30
6.
Berkaitan pelaksanaan PLK
25
7.
Berkaitan Submodul Permohonan Pertukaran
20
8.
Lain-Lain Aduan
30
Jumlah
323


4.         PERKARA BERBANGKIT

5.         HAL-HAL LAIN

5.1    Pengerusi mencadangkan agar topik pelaksanaan HRMIS dimasukkan di dalam agenda setiap mesyuarat pengurusan jabatan supaya keberkesanan  pencapaiannya dapat dipantau dan sokongan dari pengurusan atasan amatlah penting untuk mencapai kejayaan.
5.2      Pengerusi juga menyarankan supaya mengenalpasti mana-mana pemilik kompetensi yang ingkar mengemaskini maklumat yang diperlukan di dalam HRMIS dan gagal memasukkan SKT di dalam HRMIS supaya nama pegawai tersebut dinaikkan di dalam mesyuarat.
5.3    Pegawai di JTKSM melaporkan terdapat cabaran yang perlu dihadapi di mana terdapat pegawai yang menyatakan tiada diplomasi di antara pegawai atasan dan bawahan seperti melibatkan ketidakhadiran dalam mesyuarat.
5.4    Perkara yang di’highlight’ oleh pengerusi ialah HRMIS merupakan salah satu KPI KSU dan semua pihak perlu bekerja keras dalam memastikan pencapaian KPI tersebut tercapai mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
5.5     Satu modul baru HRMIS iaitu modul KEW 8 akan dilaksanakan di mana latihan dan bengkel akan diadakan pada Ogos 2014.

6.         PENANGGUHAN MESYUARAT.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi kepada semua yang hadir.


Disediakan oleh:

Unit HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia
16 Julai 2014.