Friday, August 15, 2014

BENGKEL LATIHAN MODUL KEW. 8 ANJURAN KSM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Unit HRMIS, KSM akan mengadakan Bengkel Latihan Modul Kew 8. Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar secara terperinci mewujudkan aliran kerja bagi modul saraan Kew 8 dan cara pelaksanaannya. Bengkel ini dijadualkan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh                      : 11 dan 12 Ogos 2014 (Isnin dan Selasa)
Masa                        : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat                    : Bilik Latihan ICT,
                                                   Aras 6, Bahagian Pengurusan Maklumat,
                                               Blok D3, Kompleks D,
                                               Pusat Pentadbiran Kerajaan
                                               62540 Putrajaya

3.         Sehubungan dengan itu, pihak Unit HRMIS, KSM menjemput setiap jabatan untuk menghantar dua (2) orang wakil dari setiap jabatan/agensi yang terdiri daripada Pentadbir HRMIS dan Pengguna Modul Kew 8. Untuk pengesahan dan sebarang pertanyaan berhubung bengkel latihan ini boleh dirujuk kepada Puan Fadhilah Motar di talian 245034 @ Puan Nurulhuda di talian 1373 dan pengesahan kehadiran sebelum 5 Ogos 2014 (Selasa).

Sekian, terima kasih.

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi




(SITI NOR RAFIDAH BINTI SAIMAN)

No comments:

Post a Comment

K/T JTM, sila tulis nama dan emel anda untuk dihubungi.