Tuesday, July 1, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN, TERAS DAN JAGUH HRMIS PERINGKAT KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BIL. 1/2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Tuan/ Puan,

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN, TERAS DAN JAGUH HRMIS PERINGKAT KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BIL. 1/2014 akan diadakan seperti berikut :

                             Tarikh         : 10 Julai 2014 (Khamis)
                             Masa          : 3.00 – 4.30 ptg
                             Tempat       : Bilik Mesyuarat Timbalan Menteri,
                                                 Aras 9, Blok D3, Kompleks D,
                                                 Kementerian Sumber manusia

3.         Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohamed Elias Bin Abu Bakar selaku Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kewangan dan Sumber Manusia. Sehubungan itu YBhg. Dato’/Tuan/ Puan adalah dijemput hadir dan memaklumkan pengesahan kehadiran kepada Unit HRMIS Kementerian di talian/sambungan 1373/245034/245041 sebelum atau pada 4 Julai 2014 (Jumaat)

4.         Bersama ini dilampirkan Minit Mesyuarat Bil.2/2013 sebagai rujukan YBhg. Dato’/Tuan/ Puan. Segala perhatian dan kerjasama amat dihargai


Sekian.

Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi




(SITI NOR RAFIDAH BINTI SAIMAN)

P/S Mohon maaf terdapat ralat pada tarikh memo. Tarikh yang sebenar ialah 27 Jun 2014. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

K/T JTM, sila tulis nama dan emel anda untuk dihubungi.