Tuesday, July 8, 2014

PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS



PELAKSANAAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) HRMIS DI KEMENTERIAN/ PSUK/ JABATAN DAN AGENSI BAGI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan kepada perkara tersebut di atas.

2.         Seperti mana pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, KPI HRMIS telah mula dilaksanakan pada tahun 2009 dan telah dikenakan ke atas 46 Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA). Bagi tahun 2014, seramai 49 PPTPA akan dikenakan KPI HRMIS dengan penilaian merangkumi elemen Pemurnian Data Perjawatan, Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan, Pengemaskinian Maklumat Data Perjawatan, Pengisytiharan Harta, Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

3.         Sehubungan itu, sukacita bersama ini dilampirkan Kamus KPI HRMIS 2014 untuk perhatian dan tindakan  pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan selanjutnya.

4.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada :

i.              Puan Zaidatul Akhmar binti Kamarudzaman
(Tel: 03-8316 4035, e-mel : akhmar.kzaman@jpa.gov.my)

ii.            Puan Azura Hanim binti Hamzah
(Tel: 03-8316 4321, e-mel : azura.hamzah@jpa.gov.my)

No comments:

Post a Comment

K/T JTM, sila tulis nama dan emel anda untuk dihubungi.