Tuesday, July 1, 2014

TRAINING ON HRMIS FOR REGION (THOR) BIL. 1/2014



Subject: JEMPUTAN KE PROGRAM TRAINING ON HRMIS FOR REGION (THOR) BIL. 1/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat JPA(BPM) 193/8/64(58) bertarikh 12 Jun 2014 adalah berkaitan.

2.  Bersama-sama ini dipanjangkan jemputan ke Program Training On HRMIS For Region (THOR) Bil. 1/2014 yang akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh
:
23 Jun 2014 –  24 Jun 2014 ( Isnin – Selasa)

Masa
:
8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat
:
Palm Garden Hotel
IOI Resort
62502 Putrajaya


3.  Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghantar wakil mengikut kuota penyertaan yang ditetapkan seperti di kandungan surat dilampiran. Pegawai yang dicalonkan hendaklah terdiri daripada kalangan pegawai di Unit Perjawatan dan pentadbir HRMIS agensi. Maklum balas kehadiran perlu dikemukakan melalui borang seperti di Lampiran D sebelum atau pada 18 Jun 2014 (Rabu).

4.  Di samping itu, pegawai-pegawai yang menghadiri program ini juga di kehendaki membawa bersama komputer riba yang mempunyai kemudahan capaian wifi dan browser Internet Explorer versi 6 dan ke atas. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi pegawai berikut:

            i.        Puan Nadila binti Nadzrin
                        Tel: 03-8316 4033
                        Emel: nadila.nadzrin@jpa.gov.my

          ii.       Puan Jully Zia binti Abdullah
                        Tel: 03-8316 4350
                        Emel: zia.abdullah@jpa.gov.my


5.  Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

" PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM "




AZFA NAZUHA BINTI AZIZAN
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Tel: 03-83164329
Faks: 03-83201968 

No comments:

Post a Comment

K/T JTM, sila tulis nama dan emel anda untuk dihubungi.