Tuesday, July 1, 2014

PENGEMASKINIAN MODUL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT 2014) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk Seri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan

PENGEMASKINIAN MODUL SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT 2014) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Saya dengan hormatnya di arah merujuk kepada perkara tersebut di atas serta arahan pengemaskinian  SKT melalui Sistem HRMIS oleh pihak JPA.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa MODUL SKT HRMIS adalah salah satu dari Kriteria yang diambil kira bagi KPI HRMIS melibatkan KPI Ketua Setiausaha(KSU) Kementerian. Oleh yang demikian semua pegawai adalah bertanggungjawab terhadap SKT masing-masing dan DIWAJIBKAN untuk mengemaskini dan mengisi SKT melalui sistem  HRMIS. Pengiraan KPI  bagi modul SKT adalah melibatkan dua(2) perkara berikut :

                                    i. Pengisian SKT oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD)
                                    ii. Pengesahan SKT oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP)

3.      Semua pegawai KSM adalah dimohon untuk membuat pengisian SKT serta disahkan oleh PPP pada atau sebelum 31 Julai 2014. Pengisian Modul SKT HRMIS ini adalah diwajibkan. Adalah dimohon semua Ketua Jabatan / Ketua Bahagian / Ketua Unit memastikan semua pegawai seliaannya mengisi SKT dan disahkan oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) . Dimohon jua Unit HRMIS setiap jabatan mengambil perhatian dan memantau pelaksanaan modul ini dan memastikan pengisian SKT adalah 100%.

Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Datuk Seri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan adalah amat kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Unit HRMIS, KSM

No comments:

Post a Comment

K/T JTM, sila tulis nama dan emel anda untuk dihubungi.